Monday, August 16, 2010

KESAN GEJALA PENGKID

1)KESAN KEPADA INDIVIDU
Gejala pengkid jelas membawa seribu satu malapetaka kepada diri seseorang individu itu. Mereka ini bukan sahaja dipandang serong oleh masyarakat, malah menjadi bahan cemuhan di media massa dan elektronik. Gejala yang menjijikkan ini akan membantutkan proses perkembangan fitrah manusia secara semulajadi. Golongan ini bukan sahaja mendapat penghinaan dari masyarakat, malah turut mendapat penghinaan dari Rasullullah S.A.W. Saban hari, jelas dapat dilihat bahawa golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki. Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa jika dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri, hari ini kegiatan mereka lebih terancang dan berani. Beliau yang lebih menyifatkan gejala ini sebagai bencana sosial menegaskan, ia wajar dibendung sejak awal bagi memastikan ia tidak terus menjadi  'kanser' yang menular di kalangan masyarakat.

2) NEGARA

Sekiranya fenomena ini berlaku, ia akan memberi kesan yang buruk yang berpanjangan kepada negara dan akan membantutkan pelan pembangunan modal insan yang sedang rancak dibangunkan di rata-rata institusi kerajaan dan swasta. Kesan daripada fenomena ini juga akan meingkatkan lebih banyak kes-kes yang unik di mahkamah syariah, seperti kes wanita yang mempunyai identiti dan mengakui dirinya lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita.Atau mampukah untuk kita hadapi jika suatu hari nanti adanya mana-mana individu atau organisasi yang memohon supaya dibenarkan perkahwinan di antara wanita dengan wanita dan sebaliknya. Jika perkara ini terjadi, sudah pastinya kedaulatan negara ini yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi akan tergugat. Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya hal ini dibiarkan berterusan,tidak mustahil akan wujud pertubuhan badan bukan kerajaan yang membela kukuh golongan-golongan seperti ini.

3)KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA DAN MASYARAKAT
Selain itu, para belia yang baru meningkat dewasa akan terikut-ikut dengan budaya songsang ini lantas menjurus kepada keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana,apabila hubungan sesama jantina berlaku kadar perkahwinan akan semakin merosot malah akan menimbulkan banyak penyakit yang berkaitan dengan alat kelamin. Malah tidak dinafikan juga,sekiranya seseorang itu mendirikan rumah tangga,kesukaran untuk memperoleh zuriat adalah tinggi.

No comments:

Post a Comment