Monday, August 16, 2010

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGKID

Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengkid ini ialah :

i. PERANAN KERAJAAN
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini. Mereka perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap golongan pengkid untuk mengelak daripada menular secara berleluasa . Hal ini untuk memberi teladan kepada golongan remaja lain. Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang masalah pengkid.

ii. PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja akan rajau kehidupan yang akan mereka tempuhi. Mungkin ibu-bapa boleh memberi sedikit sebanyak bimbingan kepada anak-anak mereka, namun jika kekuatan dalaman diri seseorng itu tidak dapat mengatasi pengaruh negatif dari luar, maka akan terjerumuslah mereka ke lembah yang hina ini. Ibu-bapa juga perlulah mengawasi setiap tindak-tanduk anak-anak mereka. Hal ini bukanlah bermakna sehingga ke tahap mengongkong kebebasan anak-anak mereka, tetapi cukuplah sekiranya ibu-bapa dapat memerhatikan sebarang perubahan sikap anak-anak  ini dan mengambil tindakan yang wajar jika didapati mereka ini telah terpesong haluan ke jalan yang negatif. Kesedaran agama perlu turut diterapkan untuk membentuk jiwa anak-anak yang sihat dan akal yang tajam dan pemikiran yang matang. 

iii. PERANAN MEDIA MASSA MEDIA ELEKTRONIK
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu turut menjadi perantara yang membolehkan isu pengkid ini dibincangkan secara ilmiah. Kita boleh mencela dan memaki hamun golongan ini dalam seribu satu bahasa. Tetapi bagaimana langkah membendung dan mengatasi hal ini dapat diambil? Patutkah kita membiarkan sahaja mereka ini atau memberikan segala bentuk pemulihan yang termampu? Perlukah isu-isu yang sebegini hanya dibincangkan di perlimen semata-mata? Cetusan-cetusan idea oleh setiap ahli dalam masyarakat perlu juga diambil kira. Justeru itu, peranan yang dimainkan oleh media massa dan elektronik ini amatlah penting dan dilihat sebagai satu pemangkin bagi mencari penyelesaian isu ini.


1 comment: