Saturday, August 21, 2010

LUAHAN RASA PENGKID

 JOM KITA DENGAR LUAHAN HATI PENGKID

Pertama sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa? Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga. Ada di antara pengkid dulunya wanita normal  tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadiseperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki. Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah,ia perlu datang dari hatimereka sendiri.Tidak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?Bukankahrumah tangga mereka juga akan binasa?Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusikeluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.Bukan kahitu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir.Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka. Hakikatnya, banyak
lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat
rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankahsemua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.Fikirkahanda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari
sendiri.Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri. Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.
 

9 comments:

  1. Wow. Hebat isi hati si peluah ini. Pertama sekali, aku ingin bertanya satu soalan pada saudari

    (yang aku tak tahu siapa ko ni.).
    Apa agama kamu?
    Kecewa. Sedih. Hanya ini sahaja perasaan aku terhadap golongan-golongan seperti kamu ini.
    Bagi menjawab kata-kata saudari.
    ³Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki.´

    Kenapa nak menghambakan diri kepada lelaki? Walaupun jika kamu bukan seorang pengkid, sememangnya salah untuk kamu menghambakan diri kepada lelaki. Melainkan bagi yang dah ada ikatan yang sah.
    ³Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya.´

    Wah..Kamu pandai cakap pasal dosa? Kamu tahu ke istilah dosa pahala ni? Syurga neraka tahu
    ke ape benda?
    ³Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah
    tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.´

    Kamu adalah superwoman atau kamu ni Tuhan? Hanya Allah yang menentukan bilanya
    berkahir nyawa seorang hambaNya.
    ³Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi
    begini.´

    Niat tak menghalalkan cara. Kalau kamu berserah kepada Allah semata-mata. Kamu takkan
    jadi begini.
    ³Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk
    bertukar menjadi wanita.´

    Kromosom XY takkan menjadi XX.Dan kromosom XX takkan menjadi XY. Islam tak
    memaksa lelaki menjadi wanita.Dan islam juga tak memaksa perempuan jadi wanita.
    Hm«bukan ke pelik tu kalau wanita terpaksa jadi perempuan. Haih~ pening betul aku otak
    diorang ni.
    ³Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi
    ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?´

    Sekali lagi. Kamu ni Tuhan ke? Hanya Islam yang dapat menyelamatkannya. Memanglah kat
    Malaysia ni berleluasa masalah ni. Masalahnya pemimpin kita bukannya memimpin
    berlandaskan islam sangat. Tambah-tambah lagi rakyat jelata sendiri yang sememangnya dah
    rosak. Islam di kad pengenalan, bertudung di kepala. Tapi hati hitam legam, Masya Allah. Hanya
    Tuhan yang tahu. Aku menyokong HUDUD!!!
    ³Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.´


    Fatwa ni fungsinya macam seorang bapa la. Kalau anak dia wat salah, mestila die tegur.
    Haramkan mana perbuatan yang salah tu. Kalau dia buat bodoh, salah la. Sebab dah memang
    tanggungjawab dia. Jangan salahkan fatwa. Kalau fatwa tak memperingatkan dan memberi
    amaran kepada kamu. Sape lagi nak tolong peringatkan kamu tentang dosa dan pahala tu? Nak
    harapkan rakan sepengkid kamu tu tolong peringatkan??? ~ Wallhua¶lam.

    ³Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.´
    Aku pun turut doakan juga. Aaaamin.
    Mereka-mereka ni kita takleh nak berkeras sangat. Lagi kita berkeras, lagi la diorang degil.

    Haih~«nak kiamat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm kenapa kaitkan agama??? kenapa anak imam pun ada yang pengkid?? dan dorang selalu juga sembayang.. tak semestinya semua pengkid jahat ok..kita yang tak mengenal dorang(pengkid)..saya rasa wanita sejati yang lebih kejam daripada pengkid ok..

      Delete
  2. pengkid xsmty nye jhat arh ... aqw pon penx .. jgn nk hina penx .. penx pon ad aty n persaan sprti insan biasa ..

    ReplyDelete
  3. org yg ta kenal siapa penk jea akan kate penk ny bodoh .ade ke korg tnye dulu penk ny knape dorg jadi penk ? ade yg dari kecik .kyte ta boleh nak salahkan 100% dekat penk ny jea .cuba selami dulu isi hati dor .sye bukan laa seorg penk tapi sye berkawan dgan penk dan sye couple dgan penk .memang salah tapi semua yg nak berubah mesti dgan keikhlasan hati .jadi ,support laa penk ny ,jgan asyek nak menjatuhkan mereka .betul ckap ebby ,penk pown ade hati dan perasaan .mereka pown manusia juga !

    ReplyDelete
  4. jgn hina pengkid..pengkid juga ada ati ..n prasaan..korg hina2 pengkid s'akan2 pengkid ni penjenayah..allah x prna bagi umatnya tiket tuk m'hina s'sama manusia..PENGKID IS BETTER THAN BOYS...so trima je la knyataan wahai llaki2 dayus skalian...

    ReplyDelete
  5. if korg x suka pengkid..wat pa korg sibuk ttg hal kami..isu pengkid ni x akan wujud if llaki kat dunia ni X DAYUS..ini karh tugas llaki kat dunia??..org ramai pandang serong dgn pengkid..tp..korg x perna fhm hati pengkid..yg org tahu just nak hina2 pengkid...ni la sikap org malaysia...yg buruk..lain kali fikir guna otak..bukan guna kaki..

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya pengkid ke pondan ke.. gay ke.. semua tu melanggar fitrah manusia normal. Hubungan/perbuatan/penampilan yang songsang tak kira siapa or apa golongan memang akan di pandang serong sebab memang perbuatan tu terpesong. Takde apa yang dapat di betulkan jika benda tu terang2 salah dengan apa juga alasan. Untuk berubah kepada normal memang saya setuju ia perlu masa. Mustahil la dpt berubah secara drastik.

    ReplyDelete
  7. mereka asyik memandang dari hukum agama. ya! tidak salah malah itu adalah tindakan yang BENAR. BENAR menjadi PENGKID samalah dengan merubah fitrah perempuan yang telah ada tetapi pernahkah mereka mendekati kaum-kaum ini? Memberi nasihat mahupun sokongan? Sebaliknya,masyarakat asyik memandang serong dan menghindarkan diri dari mereka. Lalu dari manakah mereka harus dapatkan sokongan?? Maaf. Saya hanya memeberi pendapat berdasarkan apa yang saya lihat. Sememangnya, saya masih seorang perempuan. *tetapi hampir menyimpang.*

    anyway, entry ini BEST dan memang LOGIK.

    ReplyDelete
  8. Kps smua.. Aku jatuh hati pd pengkid..n for ur info kami nk kawen..tp pd msa yg sma die still ade gf..mntk pndgan pndpt dr korang yg mner dr klangan tu utk bantu aku tolong bakal isteriku kembali ke pangkal jln..pd aku, sape die, dr mane, bnda tu da lepas..dlm drik aku ade syg n kesian tgk die r golongan cmni..bile dikongsi dgn gurlz laen jwpn nyer sgtlah tak mmbantu..lbih kpd carik yg normal..tp tu bkn aku..syg aku utk dia n puas aku mntak n doa siang mlm tnjuk btol ke tak tujuan aku..n insyaallah aku yakin..aku btol..tolong aku geng

    ReplyDelete