Saturday, August 21, 2010

LUAHAN RASA PENGKID

 JOM KITA DENGAR LUAHAN HATI PENGKID

Pertama sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa? Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga. Ada di antara pengkid dulunya wanita normal  tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadiseperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki. Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah,ia perlu datang dari hatimereka sendiri.Tidak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?Bukankahrumah tangga mereka juga akan binasa?Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusikeluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.Bukan kahitu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir.Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka. Hakikatnya, banyak
lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat
rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankahsemua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.Fikirkahanda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari
sendiri.Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri. Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.
 

30 comments:

  1. Wow. Hebat isi hati si peluah ini. Pertama sekali, aku ingin bertanya satu soalan pada saudari

    (yang aku tak tahu siapa ko ni.).
    Apa agama kamu?
    Kecewa. Sedih. Hanya ini sahaja perasaan aku terhadap golongan-golongan seperti kamu ini.
    Bagi menjawab kata-kata saudari.
    ³Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki.´

    Kenapa nak menghambakan diri kepada lelaki? Walaupun jika kamu bukan seorang pengkid, sememangnya salah untuk kamu menghambakan diri kepada lelaki. Melainkan bagi yang dah ada ikatan yang sah.
    ³Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya.´

    Wah..Kamu pandai cakap pasal dosa? Kamu tahu ke istilah dosa pahala ni? Syurga neraka tahu
    ke ape benda?
    ³Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah
    tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.´

    Kamu adalah superwoman atau kamu ni Tuhan? Hanya Allah yang menentukan bilanya
    berkahir nyawa seorang hambaNya.
    ³Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi
    begini.´

    Niat tak menghalalkan cara. Kalau kamu berserah kepada Allah semata-mata. Kamu takkan
    jadi begini.
    ³Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk
    bertukar menjadi wanita.´

    Kromosom XY takkan menjadi XX.Dan kromosom XX takkan menjadi XY. Islam tak
    memaksa lelaki menjadi wanita.Dan islam juga tak memaksa perempuan jadi wanita.
    Hm«bukan ke pelik tu kalau wanita terpaksa jadi perempuan. Haih~ pening betul aku otak
    diorang ni.
    ³Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi
    ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?´

    Sekali lagi. Kamu ni Tuhan ke? Hanya Islam yang dapat menyelamatkannya. Memanglah kat
    Malaysia ni berleluasa masalah ni. Masalahnya pemimpin kita bukannya memimpin
    berlandaskan islam sangat. Tambah-tambah lagi rakyat jelata sendiri yang sememangnya dah
    rosak. Islam di kad pengenalan, bertudung di kepala. Tapi hati hitam legam, Masya Allah. Hanya
    Tuhan yang tahu. Aku menyokong HUDUD!!!
    ³Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.´


    Fatwa ni fungsinya macam seorang bapa la. Kalau anak dia wat salah, mestila die tegur.
    Haramkan mana perbuatan yang salah tu. Kalau dia buat bodoh, salah la. Sebab dah memang
    tanggungjawab dia. Jangan salahkan fatwa. Kalau fatwa tak memperingatkan dan memberi
    amaran kepada kamu. Sape lagi nak tolong peringatkan kamu tentang dosa dan pahala tu? Nak
    harapkan rakan sepengkid kamu tu tolong peringatkan??? ~ Wallhua¶lam.

    ³Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.´
    Aku pun turut doakan juga. Aaaamin.
    Mereka-mereka ni kita takleh nak berkeras sangat. Lagi kita berkeras, lagi la diorang degil.

    Haih~«nak kiamat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm kenapa kaitkan agama??? kenapa anak imam pun ada yang pengkid?? dan dorang selalu juga sembayang.. tak semestinya semua pengkid jahat ok..kita yang tak mengenal dorang(pengkid)..saya rasa wanita sejati yang lebih kejam daripada pengkid ok..

      Delete
    2. ak hanya bleh syg. .ak xkan main brg dlm la dohh. .[ko ckp snang la,ak yg rse]kiteorg ckp sal pengkid ko smua gi cmpur smua,aduih. .ckp la luahan hti. .luahan hti=ap yg ad lm hti,yg terlintas. .haiiiyyyyy

      Delete
    3. Perlu ke sampai mcmni.memdoakn lbh baik.sdrkah awak y cment tu ..awk mengate si dia jugge stu dose.ad sbb allh turunkn dy dibumi

      Delete
    4. Perlu ke sampai mcmni.memdoakn lbh baik.sdrkah awak y cment tu ..awk mengate si dia jugge stu dose.ad sbb allh turunkn dy dibumi

      Delete
  2. pengkid xsmty nye jhat arh ... aqw pon penx .. jgn nk hina penx .. penx pon ad aty n persaan sprti insan biasa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sebab kecewa dengan lelaki mahu jadi pangkid. cari lelaki yg baik2x. Oh.

      Delete
  3. org yg ta kenal siapa penk jea akan kate penk ny bodoh .ade ke korg tnye dulu penk ny knape dorg jadi penk ? ade yg dari kecik .kyte ta boleh nak salahkan 100% dekat penk ny jea .cuba selami dulu isi hati dor .sye bukan laa seorg penk tapi sye berkawan dgan penk dan sye couple dgan penk .memang salah tapi semua yg nak berubah mesti dgan keikhlasan hati .jadi ,support laa penk ny ,jgan asyek nak menjatuhkan mereka .betul ckap ebby ,penk pown ade hati dan perasaan .mereka pown manusia juga !

    ReplyDelete
  4. jgn hina pengkid..pengkid juga ada ati ..n prasaan..korg hina2 pengkid s'akan2 pengkid ni penjenayah..allah x prna bagi umatnya tiket tuk m'hina s'sama manusia..PENGKID IS BETTER THAN BOYS...so trima je la knyataan wahai llaki2 dayus skalian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak....Allah jadikan manusia tu bpsg-psgn...laki psgn dy pompuan....mne ad pompuan dgn pompuan...pengkid isnt better than boys...ape yg awk bleh prove kt kitorg(pompuan)...mn yg jd gf akak tu...just utk suke2...smpai mse nnti dy akn tingglkn akak jugk...for what??...utk bina khidupn bkeluarga..there u see we still need laki

      Delete
    2. Akak....Allah jadikan manusia tu bpsg-psgn...laki psgn dy pompuan....mne ad pompuan dgn pompuan...pengkid isnt better than boys...ape yg awk bleh prove kt kitorg(pompuan)...mn yg jd gf akak tu...just utk suke2...smpai mse nnti dy akn tingglkn akak jugk...for what??...utk bina khidupn bkeluarga..there u see we still need laki

      Delete
    3. Dalam hidup kita, kesilapan kita adalah mencari orang yg kita sayangi atau terlalu sayang. Sebaiknya carilah orang yg menyayangi kita kerana apabila dia menyayangi kita, dia tidak akan menghampakan kita

      Delete
  5. if korg x suka pengkid..wat pa korg sibuk ttg hal kami..isu pengkid ni x akan wujud if llaki kat dunia ni X DAYUS..ini karh tugas llaki kat dunia??..org ramai pandang serong dgn pengkid..tp..korg x perna fhm hati pengkid..yg org tahu just nak hina2 pengkid...ni la sikap org malaysia...yg buruk..lain kali fikir guna otak..bukan guna kaki..

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya pengkid ke pondan ke.. gay ke.. semua tu melanggar fitrah manusia normal. Hubungan/perbuatan/penampilan yang songsang tak kira siapa or apa golongan memang akan di pandang serong sebab memang perbuatan tu terpesong. Takde apa yang dapat di betulkan jika benda tu terang2 salah dengan apa juga alasan. Untuk berubah kepada normal memang saya setuju ia perlu masa. Mustahil la dpt berubah secara drastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. mereka asyik memandang dari hukum agama. ya! tidak salah malah itu adalah tindakan yang BENAR. BENAR menjadi PENGKID samalah dengan merubah fitrah perempuan yang telah ada tetapi pernahkah mereka mendekati kaum-kaum ini? Memberi nasihat mahupun sokongan? Sebaliknya,masyarakat asyik memandang serong dan menghindarkan diri dari mereka. Lalu dari manakah mereka harus dapatkan sokongan?? Maaf. Saya hanya memeberi pendapat berdasarkan apa yang saya lihat. Sememangnya, saya masih seorang perempuan. *tetapi hampir menyimpang.*

    anyway, entry ini BEST dan memang LOGIK.

    ReplyDelete
  8. Kps smua.. Aku jatuh hati pd pengkid..n for ur info kami nk kawen..tp pd msa yg sma die still ade gf..mntk pndgan pndpt dr korang yg mner dr klangan tu utk bantu aku tolong bakal isteriku kembali ke pangkal jln..pd aku, sape die, dr mane, bnda tu da lepas..dlm drik aku ade syg n kesian tgk die r golongan cmni..bile dikongsi dgn gurlz laen jwpn nyer sgtlah tak mmbantu..lbih kpd carik yg normal..tp tu bkn aku..syg aku utk dia n puas aku mntak n doa siang mlm tnjuk btol ke tak tujuan aku..n insyaallah aku yakin..aku btol..tolong aku geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan, ni dah 2015 jadi i wondering if you guys dah kawin atau belum. Just curious. Not mean to hurt

      Delete
  9. Sume kat dunie akan berubah..jgn asek nk salahkan 1 pihak..pena x selami aty dak2 mcm nie,tnye sbb ape jdq mcm nie?..Stiap yg tejadi msty ade alasan sndri...xada sape yg nk dilahirkan jadi jahat,semue owng lahir nk jdq prfct..Tuhan maha adil,Tuhan xnk tgk hambenye trus mcm nie sumecnye sudah suratan takdir.cume blom dpt petnjuk dan tebukek hati..utk menjdi baik hati msty iclas n terbukek..tapi masyrakat skuns lg suke menghukum dari memberi peluang..Sekeras2 besi law dilebur pasti akn cair..
    Mohd khairul:Truskan ape yg ko buat betol moge ko boleh membimbing dy kejalan yg benar...syurga menanti ko bro aq slout kat ko..amin2..xperlu dgo kate owng pk secare dewase..yg buruk diluarlah didlm cntik..

    ReplyDelete
  10. tidak mempunyai kesabaran dan akhlak dan mengenali seks di usia sangat muda
    pengkid tidak boleh membezakan perwatakan normal ia seolah terjadi kerosakan pada frontal lobes kerana terlalu ketagih pada nafsu..jika di kaitkan tentang cemderung terluka diluka dan murung semua jantina pernah mengalaminya walaupun lelaki..walaupun mereka pernah di tolak cinta atau jumpa pasangan tidak setia ia adalah normal wujudnya perkara tersebut..cuma perbezaan hormon lah menjadi lelaki keras dan kurang mengambil berat tentang erti kecewa..tetapi berbeza pandangan pada perempuan kerana itu lah manusia mencari petunjuk ,kerana ia berlaku sejak sebelum kini perasaan dan hati lah...yang menjadi pedoman di dunia...cari petunjuk...kenali lah kitab-kitab untuk kewujudan lelaki dan perempuan sangat berbeza pandangan dan hormon..kitab muhimmah sebagai panduan mengenali hormon ,kejadian,nafsu,kehidupan,dan tingkah laku perempuan dan kitab al mutaffakirin untuk mengenali sifat-sifat lelaki..

    ReplyDelete
  11. aku lihat perwatakan perempuan melayu selalu bergantung pada pandangan nafsu sejak di bangku sekolah dan kurang tertib,akhlak dan mudah terikut pada gaya hidup sosial...percaya tidak ada lelaki walaupun sejahat lelaki impikan perempuan begitu....dan sebab kejadian lelaki..pengaruh hormon berbeza..nafsu mereka juga berbeza ..jika lelaki normal ..percayalah

    ReplyDelete
  12. Janganlah nk tunggu hidayah baru nk berubah..x pernah dgr ke peribahasa: The man who decided to change on the 12th hour died on the 11th...x kisahlah apa pun alasan utk jadi pengkid, HARAM tu tetap HARAM!! Kata puncanya lelaki dayus..sape suruh korang x jage batas pergaulan? baik korang pergi belajo ilmu agama, minta taubat sblm mati..Nanti dkt kiamat, klu kena siksa, jgn ckp aku x tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sis. Cuma nak cakap. Tegur biar kena cara. Takut takut teguran tu jadi penghinaan.

      Delete
  13. hormonal bercelaru hanya pada tomboy dan bapuk genetik tidak kepatuan terjadi sejak dari terlahir kromosom pembawa yang tidak membawa hormon yang sejati di perlukan untuk lelaki testosterone dan perempuan mempunyai 2 hormonal tetapi ia amat mdah berubah watak..iaitu adrogene dan progrestone...bukan semua tomboy meminat perempuan dan bukan bapuk meminati lelaki.tetapi kerana naluri ingin mengetahui...tomboy sifat keras dan bapuk sifat lembut. tetapi pada masa ini adalah satu tren bagi individu lesbian dan gay...adalah kerana nafsu mereka membuak dan mengikuti aliran perkembangan bersifatkan nafsu semata.kerana watak aliran media pendapat berbeza ,keegoan tinggi ,kecewa,murung pada sifatnya dan menyalahkan jantina bertentangan .nafsu meningkat jika kerana individu itu terlalu mengikuti perkembang lucah dan terlalu kerap orgasma atau mencuba dari waktu muda menyebabkan kerosakan di otak kawalan frontal lobes...aku mempunyai kawan pengkid dan juga lesbian dari sabah mereka juga mempunyai naluri terhap lelaki..malah mereka sering bertanya tentang dia pernah melihataku sngat erat dengan anak2 ku dan mereka sering bertanya tetang peribadi ku..cuma aku tidak suka perempuan bersikap perwatakan ganjil demikian cuma aku menganggap manusia biasa dan tidak tertarik langsung ,aku sering di ajak untuk 3some bersama mereka mengenai seks 3orang ,sering kali aku tolak dan heran kerana aku normal dan mempunyai isteri.

    ReplyDelete
  14. ikuti laman fb ku razach rahman ..mengenai perkara tersebut ..aku melalui nya hampir 5tahun individu berkenaan..aku kasihan..kerana tidak mungkin lelaki mahu pada individu tersebut ...kerana keegoan mereka sendiri,orang kita selalu cepat terasa kecewa tidak seperti kaum-kaum lain yang sangat tabah..aku bukan lah individu terlalu bebas ..kerana aku mempunyai anak isteri dan matlamat yang jauh. dan ketahuilah bahawa hormon lelaki dan wanita berbeza bukan mereka sengaja ingin bernafsu..nafsu mereka seolah memuntah lahar .dan hilang ...itu sifat kawalan testosterone dalam otak lelaki,,contoh nya jika testosetone tinggi lelaki itu kurus dan tidak buncit.sifat kawalan testosterone lelaki.@1kurang bersabar,@2tidak mahu dicabar,@3tiada sifat penyayany.@4berani bertempur walaupun dalam keadaan takut.@5 tidak mahu disentuh oleh kaum sejenis lelaki.cuma jika bersalaman kerana akal setuju kerana keagamaan.@6tidak suka di sentuh oleh pasangan wanita jika setelah orgasma setelah melakukan seks.@7keegoan tinggi tapi tidak tunjuk.@8kecewa tetapi beransur hilang.dan banyak lagi...baca kitab muhimmah untuk mengetahui sifat-sifat wanita ,hormonal perlakuan,naluri.dan banyak lagi

    ReplyDelete
  15. Bm pengurusan. Btul ckp die. Mmg kte hamba Allah bkn hamba perasaan. Mmg ni perasaan awk. Tp berbalik pd hukum agama. Dah sah pbuatan awk slh. Knp teruskn. Klo teruskan tu slh awk. Dosa awk yg tanggung. Sbnrnye awk yg x kuat iman. Kte ada Allah kne usaha. Jgn plh jln yg slh utk selesaikan mslh.

    ReplyDelete
  16. Sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. N disini sy kupaskan sedikit, kenapa penulis amat marah n terdapat repliers yg comment, hina menghina pengkid and so on. Hakikatnya begini, pengkid, tomboy, lesbian, they are all woman, whatever they wear n they do. Cume mereka ini telah melanggar fitrah ciptaan tuhan, jadi, jalan terbaik, apabila kite telah sedar sama ade sedar sendiri, atau disedarkan oleh sesiapa atau apa2 skalipun, maka segerakanlah kite utk kembali ke fitrah asal kite, jgnlah kite menggunakan alasan tunggu hati terbuka, tunggu dapat hidayah, kerana itu semua adalah bisikan syaitan yg tidak mahukan kita kembali ke fitrah manusia.
    Malah, berdasarkan beberapa kajian masyarakat barat, isu pengkid, lesbian, tomboy, adlh isu yg sgt berbeza dgn isu bapok, mak nyah, or gay.
    Tomboy, pengkid, lesbo- it is all about the psychology disorder, influent by environmnt, relationship n also another aspect. It can be cure by kounselor and patient itself willing to be cured and memerlukan sokongan moral dr beberapa pihak tertentu, such as, kawan2, family, kawan2 lelaki. And the toughest hazard yg normally berlaku within cure period, pengkid, tomboy, lesbian, yg smmngnya mempunyai karakteristik dan sifat wanita ini, mempunyai sifat ego, n tidak mahu menerima hakikat yg benar. Realiti sifat wanita yg tidak mahu menerima kenyataan yg menyaktkan hati, lebih rela ditipu asalkan dpt menggembirakan hati, walaupun terhadap diri sendiri. Ini merupakan penghalang utama dlm proses pemulihan.
    Berbeza pulak pd bapok, maknyah, gay.- golongan ini adlah gol yg menghidapi penyakit psikiatri @ mental disorder. Mereka memerlukan rawatan dr segi medical, doc psikiatri. Mereka adalah boleh dikatakan gila sebenarnya.
    Oleh itu, jgnlah kite bertelagah, nak kate kita betul, org lain salah, actually, penerimaan pd diri sendiri yg penting, n sentiasa bersyukur dgn kurniaan tuhan. Rezki yg Allah beri pd kite, penuh dgn hikmah. Kembali kepada NYA, adalah penyelesaian terbaik. Sifat dan tingkah laku kita di dunia ni, tidak memberi sebarang kesan pada NYA, malah kite yg akan kesal bile di pdg mashsyar nt.
    Sy hanyalah mengingatkan kepada kita semua hambaNYA. Sama ade kite ni, pengkid, lesbian, tomboy, gay, bapok, maknyah, pencuri, pembunuh, perogol, ataupun pendosa ape skali pun, kite tidak berhak menghukum org lain itu jahat, tidak ada manusia yg jahat, yg ada hanyalah manusia yg melakukan kesilapan, iaitu, terikut dgn bisikan syaitan. Hanya syaitan yg jahat. Kepada sesiapa shj yg terbaca, kite same2 lah kembali le fitrah manusia. Akhir zaman itu bknlah sekadar wujudnya pengkid, gay itu semua, tetapi pelbagai lagi tanda2 yg telah dinyatakan dlm Quran n Hadis. Peristiwa kaum Nabi Luth yg diterbalikan oleh Allah, antaranya adalah isu hub songsang, yg sepattnya kite ambil iktibar bersama. Sucikan hati dgn mendampingi Pencipta. Bagaimana utk mendampingiNYA, kite kembali ke ftrah manusia.
    Igtlah, tuhan menjadi 3 jantina manusia berserta ftrahnya, iaitu, lelaki, wanita, atau pun Khunsa (yg mempunyai 2 kemaluan) kalau nak tau, tanyalah mane2 guru yg mursyid, jgnlah hanya bertaklid.
    Akhirkata, ampunkanlah sy jika ade perkataan yg menyentap hati sesapa shj yg membca. Sy pun sendiri masih mencari redah Allah..
    Kenap sy reply sgn pjg lebar? sbbnya cuma..
    Suami kepada wanita yang dahulunya Pengkid. Alhamdulillah, kami dah dikurniakan sepasang cahayamata, n seorang anak angkat. Die tidaklah perlu menjadi wanita melayu terakhir, die hanya perlu kembali kpd fitrah manusia, dan menjadi dirinya sendiri. Penerimaan dan redha diri kita n org lain, atas ape yg tuhan beri pd kita, adlah lbh penting, dr melayan fitnah manusia.
    Igtlah bahawa, 3 bende yg Allah rahsiakan dan tentukan utk kite: Rezki, Jodoh, Ajal. Tetapi, berdasarka tiga perkara, Doa, Usaha, Tawakal, perlu menjadi asas permohonan kita berkenaan 3 perkara diatas itu..
    Igtlah juga..Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Fahamkan dan carilah kupasan mengenainya dgn isu yang melanda diri kita.
    Igtlah..Allah itu Maha Bijaksana.
    Wallahu allam.

    ReplyDelete
  17. Saya Hariz, saya lelaki... percaya atau tidak isteri saya seorang pengkid... Alhamdulillah saya berjaya ubah dia... Dia jadi macam tu sebab lelaki sama seperti kebanyakan pengkid... Dia mahukan kasih sayang... Malangnya kejahilannya dalam mengejar nafsu menghancurkan dirinya... Dia hilang daranya pada seorang lelaki yang saya sendiri ada niat nak belasah sampai lunyai... huhu... Sejak hari tu dia berubah menjadi pengkid... Saya jumpa dia di IPTA dalam negeri Perak... Saya suka dan tertarik dengan dia sewaktu saya pertama kali lihat dia dalam perkarangan IPT... Saya beranikan diri... Tanya khabar dan ingin berkenalan... Ayat dia "Kau jangan ingat aku nak jantan macam kau"... Terkilan tapi saya terdetik nak tahu kenapa bengkeng sangat dia tu... Saya ambil keputusan lihat sejarah dia latar belakang dia... Saya menjadi Spy selama 6 bulan dan akhirnya saya tahu kisah sebenarnya... Saya dah nekad nak dia... Saya jumpa kaunselor macam mana nak bantu dia jumpa ustaz minta pandangan dan cara nak ubah dia... Orang perempuan... Sekali dah perempuan... Akan selamanya perempuan... Perempuan yang berhati lembut, penyanyang dan suka perhatian tu tak pernah hilang... Saya berikan kejutan demi kejutan... Saya ambil 4 semester sebelum dia betul - betul dan benar - benar jatuh cinta pada saya... Perangai jantan dia masih ada... Tapi perangai manja dia saya yang tahu... huhu... Ada hari dia demam ke apa ke... Dia akan bagitau saya... Dia kata akhirnya ada juga orang lelaki yang baik seperti saya... Dia berkongsi semua kisah hidup dia... Akhirnya saya nekad dan buat pengakuan... Alhamdulillah dia dah berubah dan jadi isteri saya sekarang... Biarpun tiada dara atau apa... Saya kahwin bukan sebab nak dara... Tapi saya nak hati dia... Saya rasa dalam diri cik ada lagi sifat kewanitaan dalam diri tu... HUhu...

    ReplyDelete
  18. Senang citer dose masing2 xperlu na mengata org sgt...dosa sendri pon xtau byak mana..xperlu babit kan agama tah2 kamu sendri pon x ada agama...xperlu na kata mcm2 pda kaum penkid takut nanti kamu khawin dpt ank pon jdi pengkid atau pondan...kite xtau mna silap kita sendri ok...nak beri nasihat xslah tpi ade btas nye..sya sendri pon takot na khawin sbb kebyakan lelaki yg sya tgok smue xbgus...blom lagi sya jmpe lelaki yg bgus...kite smue ade silap msing2 dn allah da tentu kn tempat kite...smpai waktu meraka akn berubah .... Jgn tambah kan dosa awk tok mengata ttg pengkid...ok

    ReplyDelete
  19. Sama tidak ada kaitan tentang perkara ini....ia lebih kepada nafsu yang tak di bendung....hilang peradaban oleh kerana nafsu sendiri dan tiada kaitan dengan perwatakan ....insan dahulu pun telah melaluinya....pandai² lah cari pengetahuan.

    ReplyDelete