Monday, August 16, 2010

PANDANGAN ISLAM MENGENAI MASALAH PENGKID


Menurut agama, perbuatan dan tindakan yang berlawanan jantina adalah haram, iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah. Pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’ kerana ‘pengkid’ ini boleh  menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu. Fatwa yang dikeluarkan boleh mengelakkan manusia daripada memilih jalan sendiri dengan membuat tafsiran agama berteraskan fahaman golongan barat dan dorongan perasaan sendiri. Fatwa yang dikeluarkan itu juga sebagai panduan bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara yang dilarang agama dan mengelakkan kemudaratan dalam masyaratkat.
Keputusan Muzakah Fatwa merujuk kepada larangan(pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah, & Ahmad)
Menurut Imam Syafie, homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina seperti hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah, tetapi terdapat kesamaan diantara kedua-duanya iaitu keduanya merupakan hubungan seksual yang dilarang dalam Islam ke atas perlakunya. Hukuman yang dikenakan sekiranya wujud perlakuan tersebut adalah hukuman rejam bagi yang sudah berkahwin dan hukuman sebat 100 kali dan dibuang negeri selama satu tahun bagi yang belum berkahwin.

No comments:

Post a Comment