Saturday, August 21, 2010

LUAHAN RASA PENGKID

 JOM KITA DENGAR LUAHAN HATI PENGKID

Pertama sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa? Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga. Ada di antara pengkid dulunya wanita normal  tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadiseperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki. Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah,ia perlu datang dari hatimereka sendiri.Tidak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?Bukankahrumah tangga mereka juga akan binasa?Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusikeluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.Bukan kahitu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir.Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka. Hakikatnya, banyak
lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat
rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankahsemua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.Fikirkahanda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari
sendiri.Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri. Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.
 

MANGSA PENGKID

“Janji dia menyayangi saya di dunia dan akhirat adalah drama semata-mata. Selepas dua bulan tinggal bersama, dia mula tunjuk belang termasuk mencuri wang dan menggadai semua barang kemas saya,” kata seorang mangsa pengkid temberang yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 33, semalam. Ibu kepada seorang cahaya mata itu menyesali peristiwa hitam dalam kehidupannya gara-gara terpedaya pujuk rayu dan godaan kekasih kaum sejenis hingga melarikan diri meninggalkan anak dan suami pada 2005. Dia sanggup melupakan anaknya yang ketika itu berusia tujuh tahun dan suami yang bekerja sebagai pekerja kontrak. Mengenang semula peristiwa gelap itu, kata Anita, ia umpama mimpi buruk kerana tidak menyangka boleh terjalin hubungan intim bersama Angah yang berperwatakan lelaki di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Tampoi. “Angah yang berusia 40-an berpura-pura baik dan penyayang sehingga menjadi tempat saya berkongsi masalah keluarga. Hubungan kami kemudian bertambah rapat dan lebih daripada rakan biasa. “Saya taksub dengan kata-kata Angah lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu. Selama setahun menjalin hubungan bersamanya, saya sanggup membelanjakan semua duit gaji bagi memenuhi pelbagai permintaannya.“Apabila cinta songsang kami diketahui keluarga, saya tidak berfikir panjang untuk melarikan diri apabila Angah mengajak memulakan kehidupan baru bersamanya disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelamatkan hubungan itu,” katanya. Anita berkata, mereka melarikan diri ke Melaka dengan bekerja sebagai operator pengeluaran manakala tempat tinggal di asrama pekerja. Kebahagiaan mereka tidak kekal lama kerana pengkid terbabit mula menunjukkan sikap agresif termasuk nyaris mencederakannya beberapa kali apabila hubungan percintaannya dengan seorang gadis lain terbongkar. “Angah sanggup mencuri pelbagai barang kemas saya dan wang semata-mata untuk menampung keperluan kehidupan sosialnya. “Perbuatannya menimbulkan tekanan hebat kerana sudahlah saya meninggalkan keluarga demi dia, dia pula bersikap lepas tangan walaupun pernah berjanji sehidup semati bersama saya. “Saya terkilan dengan tindakannya memperbodohkan saya apabila menghilangkan diri dan meninggalkan saya berseorangan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kempas, semalam. Anita berkata, dia bersyukur kerana keluarga sanggup menerimanya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Selama ini dia bekerja di Temerloh kerana tidak mahu pulang kerana bimbang keluarga tidak akan menerima kehadirannya. “Perpisahan itu balasan Allah terhadap perbuatan saya dan ia memberi pengajaran. “Hanya kunci rumah yang saya bawa bersama menjadi pengubat rindu terhadap keluarga selama tiga tahun ini,” katanya yang tidak menyangka ahli keluarga termasuk ibunya yang sanggup meminta bantuan Harian Metro pertengahan Ogos lalu. Dia yang membaca berita itu segera menelefon ibu dan memaklumkan situasi sebenar kerana tidak mahu dia bimbangkan keselamatannya. “Kami tidak tahan sebak kerana sudah lama tidak berbual, tetapi saya tidak dapat pulang segera ke Johor kerana perlu memberi notis berhenti kerja kepada majikan. “Saya tidak menjangka ibu dan anak saya, Lela yang kini sudah berusia 10 tahun sanggup menjemput saya di Terminal Pengangkutan Awam Larkin apabila saya tiba di Johor kelmarin,” katanya.
Pada 15 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang tomboi yang melarikan isteri seorang pekerja kontrak sejak tiga tahun lalu hingga gagal dikesan. Kejadian itu mengakibatkan keluarga wanita terbabit hanya mampu meratap kesedihan apabila insan kesayangan mereka menjadi mangsa pujukan tomboi itu.
.

KES PENGKID

Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya. “Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini. Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa. Menurut Win, pengharaman itu hanya sekadar di atas kertas kerana pihak berkuasa sukar mengambil tindakan, terutama dalam membezakan sama ada seseorang itu pengkid atau tidak. “Kami tahu mereka (pihak berkuasa) sukar ambil tindakan ke atas kami. Jika saya berkawan dengan wanita lain, adakah kami akan ditahan? Apa bukti mengatakan saya pengkid selain cara berpakaian kerana sesiapapun boleh berpakaian seperti ini,” katanya. Menurut MFK, gejala pengkid diharamkan kerana kesalahan golongan itu di sisi Islam sangat serius berikutan mereka bukan hanya berpakaian menyamai lelaki, tetapi wujud kecenderungan melakukan hubungan seksual sesama wanita. Mengulas hal itu, Win berkata, tidak semua pengkid melakukan kesalahan, walaupun dia mengakui ada yang bertindak di luar batasan. “Kami hanya mahu berseronok atau bersuka-suka, tetapi saya tak nafikan ada pengkid yang lebih-lebih sehingga bercinta dan melakukan hubungan seks sesama jenis,” katanya. Menurutnya, pengkid menjadi pilihan wanita kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila wujud masalah. “Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,” katanya.
Win yang bekerja di sebuah pasar raya mengakui dia ada teman wanita meskipun sedar mereka sukar mendirikan rumah tangga. “Ramai tidak memahami keadaan kami. Sejak kecil sampai sekarang, saya tiada naluri terhadap lelaki, malah ibu bapa tidak kisah saya berpakaian seperti lelaki. “Saya tahu saya tidak boleh selama-lamanya begini. Satu hari nanti saya akan berubah. Jika ditakdirkan ibu minta saya kahwin dengan lelaki, saya akan paksa diri ini untuk berkahwin,” katanya.
Seorang lagi pengkid yang mahu dikenali sebagai Asni, 25, berkata dia berasa lucu dengan pengharaman itu kerana percaya pihak berkuasa, terutama jabatan agama, belum tentu dapat mengambil tindakan meskipun ada pasangan pengkid sudah lama tinggal sebumbung. Dia mengakui, sejak bertukar ‘wajah’ menjadi lelaki selepas tamat sekolah, dia hidup bahagia kerana memiliki pasangan sejenis dan mereka saling menyintai sejak dua tahun lalu. Mereka kini tinggal sebumbung bagaikan pasangan suami isteri di sekitar Ampang selama hampir satu tahun. Katanya, sejak pengharaman itu diumumkan, dia dan kekasihnya berusia 22 tahun mengambil keputusan untuk terus tinggal bersama dengan alasan tiada tindakan boleh diambil kerana mereka sesama wanita. “Buat masa sekarang saya tak hendak ambil tahu (pengharaman itu). Saya tahu jalan yang kami pilih salah dan berdosa. Namun saya tidak dapat hendak mengubah naluri diri sejak kecil. Apa mereka (pihak berkuasa) boleh lakukan? “Adakah kami boleh ditangkap atas kesalahan menjadi pengkid? Bukan sewenang-wenangnya tindakan boleh diambil,” katanya yang bertubuh kurus, kulit putih dan berambut pendek kemerahan. Sambil memeluk mesra pasangannya yang ada bersama ketika itu, Asni berkata, setakat ini kehidupan yang dilalui bersama kekasihnya tidak berubah dan berjalan seperti biasa. Katanya, saban hari dia dan pasangannya masih melakukan rutin harian seperti biasa seperti keluar bersama pengkid lain, mengunjungi kelab ‘snooker’ dan pusat hiburan.“Saya sudah fikir masak-masak, apa sebenarnya yang perlu saya takutkan? Lebih baik saya jalani hidup seperti biasa dan bergembira bersama rakan lain. “Begitu juga ketika di rumah bersama kekasih, tiada apa perlu berubah antara kami. Takkan kerana isu ini dibangkitkan, saya perlu tidur bilik berasingan dengannya. “Walaupun naluri saya begini, fizikalnya saya tetap wanita. Ketika ini saya bersekedudukan dengan wanita juga, apa yang hendak ditakutkan. Sebab itu ada baiknya saya tidak berfikir mengenai itu,” katanya yang berasal dari Perak. Menurutnya, pihak berkuasa juga terlepas pandang mengenai satu lagi budaya pengkid iaitu lesbian yang menjadi pasangan atau kekasih pengkid. Katanya, golongan terbabit mengekalkan ciri-ciri kewanitaan, berpakaian wanita tapi naluri dan keinginan seksual mereka hanya pada wanita juga. “Sejauh mana pun tindakan diambil, ia tidak mengubah apa-apa. Mungkin boleh mengubah cara pengkid berpakaian. Apa pula ceritanya jika ia sekadar imej luaran tetapi dalaman masih naluri sama,” katanya.
Seorang lagi pengkid bernama Jas, 22, juga mempertikai fatwa pihak berkuasa dengan alasan mereka hanya berpakaian seperti lelaki tetapi tidak melakukan jenayah seperti mana pihak lain. “Kami tidak merogol, tidak mencuri atau melakukan jenayah besar seperti membunuh. Yang kami buat ialah keluar dengan rakan, ‘enjoy’, lepak dan minum, itu saja,” katanya yang memiliki seorang teman wanita dengan rupa paras menawan. Ditanya mengenai keputusan MFK, Jas berkata, dia membincangkan perkara itu dengan rakan pengkid lain, namun mereka tidak ambil peduli kerana ia sekadar fatwa. “Kita lihat dalam kes lain seperti pondan atau gay, mereka juga melakukan kesalahan, tetapi kenapa sampai hari ini masih wujud. Pada saya, biar apapun mereka nak buat, itu hak mereka,” katanya yang menyedari hidup mereka bergelumang dosa dan menjalin hubungan luar tabii bersama pasangan sejenis.
Awi, 21, pula berkata, walaupun akur dengan pengharaman budaya itu, dia tidak kisah sekalipun ada rakan sekerja dan keluarga memandang serong terhadapnya. Dia yang kini tinggal serumah dengan rakan pengkid sekitar Sentul juga nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai pengkid kerana menganggap pengharaman itu bukan penghalang untuk mereka mengekalkan gaya hidup dan berkumpul bersama pengkid lain. “Saya tidak peduli (pengharaman) itu semua! Saya tahu siapa diri saya. Jika ada pengkid hendak berubah kerana isu ini, itu urusan mereka. “Saya percaya, jika hendak berubah atau tidak, biar lahir daripada kerelaan hati. Itu yang seelok-eloknya, bukan kerana desakan dan paksaan,” katanya yang mengakui pernah berniat membunuh diri kerana dibuang keluarga apabila diketahui menjadi pengkid.

Monday, August 16, 2010

HASIL KAJIAN

Y.B. USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK (MENTERI BESAR KEDAH & PENASIHAT JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH)

"Ia terang-terangan menyalahi hukum Islam. Jadi di sini saya tegaskan yang saya tidak sedikitpun mengalu-alukan golongan ini dalam masyarakat. Masalah pengkid ini ibarat barah yang kian merebak dalam masyarakat dan ia perlu ditangani dengan segara dan diambil tindakan dengan lebih tegas."

TUAN HAJI ZULKIPLY BIN RAMLI (TIMBALAN PENGARAH 1 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH)

"Selalu kes-kes sebegini akan mejejaskan imej dan maruah seseorang itu. Hal ini berikutan tempoh tahanan yang agak lama iaitu 4tahun bagi proses pemulihan."

EN. MOHD NIZAR BIN ZAKARIA (PENGARAH JABATAN TENAGA KERJA NEGERI KEDAH)

"Masalah yang sering dirujuk kepada pihak kami mengenai hal ini adalah pada kebiasaannya golongan ini melawan pihak majikan mereka. Hal ini berikutan mereka diminta dilayan seperti lelaki, tetapi apabila datang waktu yang mereka ini tidak boleh bersolat, emosi mereka tak stabil. Jadi apabila majikan dan rakan sekerja melayan mereka ini sebagai 'lelaki' ketika itu, mereka akan melawan semula. Ada diantara kes sehingga ke tahap bergaduh dengan rakan sekerja dan majikan"

PANDANGAN ISLAM MENGENAI MASALAH PENGKID


Menurut agama, perbuatan dan tindakan yang berlawanan jantina adalah haram, iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah. Pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’ kerana ‘pengkid’ ini boleh  menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu. Fatwa yang dikeluarkan boleh mengelakkan manusia daripada memilih jalan sendiri dengan membuat tafsiran agama berteraskan fahaman golongan barat dan dorongan perasaan sendiri. Fatwa yang dikeluarkan itu juga sebagai panduan bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara yang dilarang agama dan mengelakkan kemudaratan dalam masyaratkat.
Keputusan Muzakah Fatwa merujuk kepada larangan(pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah, & Ahmad)
Menurut Imam Syafie, homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina seperti hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah, tetapi terdapat kesamaan diantara kedua-duanya iaitu keduanya merupakan hubungan seksual yang dilarang dalam Islam ke atas perlakunya. Hukuman yang dikenakan sekiranya wujud perlakuan tersebut adalah hukuman rejam bagi yang sudah berkahwin dan hukuman sebat 100 kali dan dibuang negeri selama satu tahun bagi yang belum berkahwin.

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGKID

Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengkid ini ialah :

i. PERANAN KERAJAAN
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini. Mereka perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap golongan pengkid untuk mengelak daripada menular secara berleluasa . Hal ini untuk memberi teladan kepada golongan remaja lain. Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang masalah pengkid.

ii. PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja akan rajau kehidupan yang akan mereka tempuhi. Mungkin ibu-bapa boleh memberi sedikit sebanyak bimbingan kepada anak-anak mereka, namun jika kekuatan dalaman diri seseorng itu tidak dapat mengatasi pengaruh negatif dari luar, maka akan terjerumuslah mereka ke lembah yang hina ini. Ibu-bapa juga perlulah mengawasi setiap tindak-tanduk anak-anak mereka. Hal ini bukanlah bermakna sehingga ke tahap mengongkong kebebasan anak-anak mereka, tetapi cukuplah sekiranya ibu-bapa dapat memerhatikan sebarang perubahan sikap anak-anak  ini dan mengambil tindakan yang wajar jika didapati mereka ini telah terpesong haluan ke jalan yang negatif. Kesedaran agama perlu turut diterapkan untuk membentuk jiwa anak-anak yang sihat dan akal yang tajam dan pemikiran yang matang. 

iii. PERANAN MEDIA MASSA MEDIA ELEKTRONIK
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu turut menjadi perantara yang membolehkan isu pengkid ini dibincangkan secara ilmiah. Kita boleh mencela dan memaki hamun golongan ini dalam seribu satu bahasa. Tetapi bagaimana langkah membendung dan mengatasi hal ini dapat diambil? Patutkah kita membiarkan sahaja mereka ini atau memberikan segala bentuk pemulihan yang termampu? Perlukah isu-isu yang sebegini hanya dibincangkan di perlimen semata-mata? Cetusan-cetusan idea oleh setiap ahli dalam masyarakat perlu juga diambil kira. Justeru itu, peranan yang dimainkan oleh media massa dan elektronik ini amatlah penting dan dilihat sebagai satu pemangkin bagi mencari penyelesaian isu ini.


KESAN GEJALA PENGKID

1)KESAN KEPADA INDIVIDU
Gejala pengkid jelas membawa seribu satu malapetaka kepada diri seseorang individu itu. Mereka ini bukan sahaja dipandang serong oleh masyarakat, malah menjadi bahan cemuhan di media massa dan elektronik. Gejala yang menjijikkan ini akan membantutkan proses perkembangan fitrah manusia secara semulajadi. Golongan ini bukan sahaja mendapat penghinaan dari masyarakat, malah turut mendapat penghinaan dari Rasullullah S.A.W. Saban hari, jelas dapat dilihat bahawa golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki. Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa jika dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri, hari ini kegiatan mereka lebih terancang dan berani. Beliau yang lebih menyifatkan gejala ini sebagai bencana sosial menegaskan, ia wajar dibendung sejak awal bagi memastikan ia tidak terus menjadi  'kanser' yang menular di kalangan masyarakat.

2) NEGARA

Sekiranya fenomena ini berlaku, ia akan memberi kesan yang buruk yang berpanjangan kepada negara dan akan membantutkan pelan pembangunan modal insan yang sedang rancak dibangunkan di rata-rata institusi kerajaan dan swasta. Kesan daripada fenomena ini juga akan meingkatkan lebih banyak kes-kes yang unik di mahkamah syariah, seperti kes wanita yang mempunyai identiti dan mengakui dirinya lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita.Atau mampukah untuk kita hadapi jika suatu hari nanti adanya mana-mana individu atau organisasi yang memohon supaya dibenarkan perkahwinan di antara wanita dengan wanita dan sebaliknya. Jika perkara ini terjadi, sudah pastinya kedaulatan negara ini yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi akan tergugat. Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya hal ini dibiarkan berterusan,tidak mustahil akan wujud pertubuhan badan bukan kerajaan yang membela kukuh golongan-golongan seperti ini.

3)KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA DAN MASYARAKAT
Selain itu, para belia yang baru meningkat dewasa akan terikut-ikut dengan budaya songsang ini lantas menjurus kepada keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana,apabila hubungan sesama jantina berlaku kadar perkahwinan akan semakin merosot malah akan menimbulkan banyak penyakit yang berkaitan dengan alat kelamin. Malah tidak dinafikan juga,sekiranya seseorang itu mendirikan rumah tangga,kesukaran untuk memperoleh zuriat adalah tinggi.

Monday, August 9, 2010

FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH PENGKID

Gejala pengkid semakin menular di negara kita.Dianggarkan bahawa terdapat lebih dari 10 000 orang pengkid di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak 80 peratus adalah daripada golongan pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun mahasiswi yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Persoalannya di sini, apakah yang menjadi faktor pelajar ini memilih untuk menjadi pengkid?

Menurut pandangan beberapa orang tokoh terkemuka,faktor pelajar menjadi pengkid kerana:

a) Golongan pengkid merupakan golongan manusia yang kurang ilmu pengetahuan dan didikan agama islam.
    Kenyataan ini berdasarkan peratusan pengkid di mana sebanyak 80 peratus adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama islam. Pengetahuan agama golongan pengkid ini tidak mantap dan menyebabkan  dan mudah bagi syaitan untuk menghasut dan menggoda untuk melakukan kemungkaran.


b)Melalui pengalaman yang menyeronokkan.
Hal ini adalah kerana, apabila seseorang merasakan seronok melakukan perkara negatif itu, maka dia boleh menjadi ketagih untuk terus mengulangi perlakuannya itu. Dia akan menjadi alpa dengan asal-usul dirinya.

c)  Kekeliruan dan kecelaruan perasaan.
Jika mereka( golongan pengkid ) berpendapat kecelaruan perasaan itu kadang kala sesuatu yang normal mungkin boleh diterima. Namun jika aktiviti kecelaruan itu dikatakan sesuatu yang normal, hal ini tidak dapat diterima. Namun begitu, kekeliruan ini perlu dibendung pada peringkat awal kerana semakin lama dibiarkan ia akan menjadi lebih sukar untuk diatasi dan boleh merosakkan seseorang.

PERBEZAAN ANTARA TOMBOY,PENGKID DAN LESBIAN

Tomboy, pengkid dan lesbian membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung melakukan gejala yang sama, malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender yang berlawanan daripada biologi,moral dan sosial kehidupan manusia.
  • TOMBOY
Tomboi adalah gender neutral yang beerti wanita berpewatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat feminin.Contohnya memakai bengkung di dada kerana golongan ini membenci bahagian badan yang berkaitan dengan wanita.memakai pakaian longgar dan berambut pendek.

  •    LESBIAN
 Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki tetapi mempunyai nafsu terhadap wanita lain yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita(tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita.Dalam hubungan seksual lesbian,salah seorang pasangan memainkan peranan yang dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif.





  • PENGKID
Pengkid mempunyai gender semilajadi seperti wanita dan tidak menukarkan bentuk semulajadi iaitu berbeza dengan golongan maknyah dan pondan yang menukarkan jantina.  Pengkid mempunyai ciri-ciri yang ada pada seorang tomboy tetapi mereka lebih gemar meluangkan masa bersama dengan teman wanita dan mempunyai hawa nafsu untuk melakukan hubungan seksual yang terlarang.





PENGERTIAN PENGKID

Isu pengkid di kalangan wanita hari ini semakin menjadi-jadi sehingga timbul pendapat mengatakan bahawa akta dan enakmen baru perlu diwujudkan. Mengikut istilah Bahasa Melayu, pengkid ialah “tomboy” atau lesbian yang membuat penampilan seperti lelaki. Pengertian pengkid mengikut perspektif masyarakat melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikan sifat kewanitaan dan adalah golongan yang yang kehilangan identiti kewanitaan. Disamping itu juga,pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal.Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki. Contohnya, mereka bertutur dengan kasar apabila sesama mereka. Selain itu, pakaian harian mereka pula adalah jeans, seluar pendek dan t-shirt. Malahan apabila pergi bekerja atau ke majlis yang memerlukan mereka berpakaian formal, mereka lebih selesa memakai kemeja dan seluar slack. Pendek kata, dalam kamus hidup mereka tidak ada istilah baju kurung, gaun dan skirt. Mereka juga akan sentiasa menggayakan rambut pendek, benar-benar iras seorang lelaki. Manakala dalam isu percintaan, mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis iaitu homoseksualiti atau lesbian. Mereka sanggup menabur wang untuk mendapatkan cinta dari wanita yang mereka cintai. Malahan, yang lebih parah adalah mereka sanggup menghancurkan rumahtangga wanita-wanita ini yang kebanyakannya sudah pun mempunyai anak. Wanita-wanita ini pula ibarat "orang mengantuk yang disorongkan bantal" sanggup memohon cerai dan meninggalkan anak untuk menerima cinta si "pengkid" dengan alasan suami tidak pandai melayan mereka dan macam-macam lagi. Kini, sudah tiba masanya, kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan berganding bahu dengan pihak kerajaan dan Jabatan Agama Islam seluruh negara bagi membanteras isu ini kerana ia semakin banyak memberi kesan yang buruk kepada kita. Jika tidak dibanteras dari sekarang, semakin ramailah generasi muda yang akan menjadi pengkid dan mangsa pengkid.